Akaun myfundaction.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

“Doktor kata, anak saya mungkin lumpuh sepenuhnya dan ada risiko kematian!”




Puan Azizah sebak bila mengenangkan kisah mula-mula anaknya, Muhammad Athif Fahri didiagnos Spinal Muscular Athrophy atau penyakit genetik otot-saraf.


Mengimbau kembali ketika Puan Azizah mengandungkan Athif, semuanya normal. Ketika melahirkan Athif di Hospital UIA Kuantan, kebanyakan doktor mengatakan bahawa keadaan Athif normal.


Tapi apakan daya, Allah Maha Berkuasa. Ada seorang doktor yang melihat keadaan Athif tak seperti bayi yang lain kerana dia kelihatan sangat lemah. 




“Ubat yang Athif perlukan dah habis sebab stoknya limited untuk 10 orang pesakit sahaja,” cerita Puan Azizah. 


Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mencadangkan untuk beri ubat makan sebanyak 7 vial berjumlah RM282,800 untuk tempoh selama setahun.


Kami cuba untuk salurkan vial yang pertama berjumlah RM40,400


Dalam 2 minggu yang lepas, Athif tidak dapat menggerakkan tangan dan kakinya dan terpaksa minum susu menggunakan tiub.


Menurut doktor, tiub perlu dimasukkan ke perut melalui pembedahan dengan kos RM2,900!




Air liurnya mula meleleh dengan banyak kerana tidak mempunyai keupayaan untuk menelan. Doktor sarankan untuk dapatkan ubat tersebut dengan segera!


“Prestasi kesihatan Athif semakin teruk. Jika Athif lambat dapat ubat, dia berkemungkinan lumpuh sepenuhnya dan ada risiko tinggi kematian!” sebak Puan Azizah.


Jom warga jiwa baik!


Kita kurangkan derita yang Athif tanggung boleh? Mesti seronok dapat tengok Athif membesar macam bayi-bayi yang lain kan?


Ubat Khas (RM40,400+-) RM100/bahagian

Kos Rawatan (RM2,900+-) RM50/bahagian

Seikhlas Hati


Disclaimer: Kami mencadangkan untuk anda pilih 2 x RM100/bahagian bagi percepatkan pengambilan ubat khas dan mengelakkan risiko kematian yang tinggi!





Anda juga boleh salurkan sokongan anda melalui:

Nama Akaun: PERTUBUHAN KESIHATAN JANTUNG MALAYSIA (MYHEART)
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 562142423145
Rujukan: ATHIF



Disclaimer:

MyHeart dan MyFundAction  menceritakan kisah Athif untuk menjayakan Tabung Genetik untuk pesakit sepertinya. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan Athif dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di  Facebook @MyHeartVolunteers