Akaun myfundaction.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

"Selamatkan saya! Saya tak nak mati!"


Pada awal tahun ini,  Fauzi Abdullah, 17, kerap batuk dan berat badannya tiba-tiba turun mendadak!


Bukan itu saja, dia juga sering mengalami demam sambil diiringi dengan menggigil, rasa berdebar-debar dan berpeluh pada waktu malam.


Apabila pihak keluarga membawa Fauzi ke hospital, doktor mengesahkan Fauzi menghidap Tuberculosis (TB).




Sepanjang tempoh hampir satu tahun, hospital menjadi destinasi wajib kunjung buat Fauzi Abdullah, 17 untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.


Semasa Fauzi dimasukkan ke wad hospital akibat komplikasi TB, dia mengadu sakit perut dan cirit birit selama 2 hari berturut-turut.


Menderita sepanjang tempoh berkenaan, Fauzi tidak menyangka apa-apa dan hanya berasakan sakit perut biasa.




Rupa-rupanya dia menderita usus tersumbat yang menyebabkan dia perlu pakai beg stoma untuk buang air kecil dan besar.


“Lepas sakit macam-macam, nak jalan sikit saja pun sudah sesak nafas, sangat lemah,” Fauzi meluah lemah kepada kami.


Harapan Fauzi 


Sewaktu dia sihat, dia ke sekolah macam biasa. Tapi, selepas diuji bermacam penyakit, dia terpaksa tangguh persekolahannya.


“Saya rindu mau ke sekolah,” luah Fauzi dalam dialek Sabahnya. 




Untuk menampung kos rawatan Fauzi sebanyak RM6,500 , kedua orang tuanya tak mampu!


Bapanya tidak bekerja dengan usianya sudah mencecah 71 tahun. Ibunya pula bekerja sebagai pembantu kedai bergaji RM400 sebulan.


Jom warga jiwa baik!




Kita kurangkan derita yang Fauzi tanggung boleh? Mesti seronok dapat tengok Fauzi boleh ke sekolah semula dalam keadaan yang sihat kan?


Susu Ensure RM2,160


Tilam Khas RM250


Stoma Beg RM2,230


Transport ke Hospital RM1,860



Anda juga boleh salurkan sokongan anda melalui:


YAYASAN KEBAJIKAN MUSLIM ( MYFUNDACTION ) 
CIMB BANK 
 8603092023
RUJUKAN: FAUZI  



Disclaimer:

MyHeart and MyFundAction  menceritakan kisah Fauzi untuk menjayakan Tabung Alatan Perubatan untuk pesakit sepertinya. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan Fauzi dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di  Facebook @MyHeartVolunteers